Jika anda merancang untuk melancong bersendirian untuk menenangkan
diri atau mengelakkan diri daripada masalah kerja dan
sebagainya,pastikan anda tidak memilih destinasi-destinasi seperti
dibawah ini kerana apabila anda sampai disana sahaja, anda bersedialah
dengan bahaya yang bakal menimpa diri anda. Ini kerana bandar-bandar
yang akan disebutkan ini merupakan sebuah tempat penuh bahaya kerana
kadar jenayahnya adalah sangat tinggi dan cukup mengejutkan. Nak tahu
bandar mana..

10.
Bangkok, Thailand Thailaand merupakan pengeluar candu serta heroin
utama di dunia dan sebahagian besar perdagangan haram ini berlakuu di
ibukota Bangkok. Statistik pada tahun 2009 sahaja menunjukkan sebanyak
20,000 serangan, 13,500 kes kecurian dan 5,000 kes pembunuhan telah
berlaku disini. Dan mungkin disebabkan itu ia berada pada tangga
teratas jenayah paling tinggi di Asia Tenggara sehingga membuatkan ia
termasuk dalam senarai top10 ini.

9.
Guatemala City, Guatemala Kerajaan disana tersangatlah keji kerana
mereka juga mendapat bayaran atau sogokan daripada pengusaha/penjual
dadah disana. Bandar Guatemala merupakan zon panas yang paling top di
Amerika Selatan ini kerana ia merupakan sebuah tempat penuh dengan
penyeludup dadah dan geng perusuh luar. Dengan kadar jenayah yang
tinggi di ibukota ini membuatkan ramai pengujung/pelancong menjadi
mangsa kepada rompakan, rogol serta pembunuhan. Jika anda
berjalan-jalan disana pada waktu malam, janganlah cuba-cuba untuk
membawa dompet ataupun barang kemas ..confirm anda akan balik dengan
tangan kosong~

8.
Baghdad, Iraq Tidak kisahlah anda siapa, sudah pasti anda tidak akan
berasa selamat di Iraq. Ia adalah negara yang hancur sama sekali
disebabkan kadar keganasan serta jenayah yang agak tinggi disana. Sejak
perang pada 2003 meletus, AS telah menyebabkan perang saudara yang
amat dasyat dikalangan mereka. Lebih daripada 650,000 telah terkorban
dalam sengketa ini. Al-Qaeda serta puak Kurdish merupakan dalang pada
segala kemusnahan serta keganasan yang berlaku disini. Bagi penduduk
disini, bahan letupan serta periuk api daripada pengebom berani mati
ini mungkin berada dimana-mana sahaja kerana beritanya pasti
kendengaran hampir setiap hari disini. Penculikan serta pembunuhan
rambang seringkali berlaku disni. Sejak AS menakluk negara ini,
berjuta-juta penduduk Iraq menjadi pelarian dan berjuta-juta lagi telah
kehilangan tempat tinggal. Kesemua ini membuatkan Baghdad sebagai
sebuah tempat untuk menempah maut.

7.
Grozny, Chechnya, Russia Disini dikatakan tempat dimana Mafia lebih
banyak daripada Polis. Ini kerana bandar ini bukanlah sepenuhnya
dikawal oleh kerajaan, kebanyakannya dikawal oleh gangster-gangster
serta mafia-mafia. Dianggarkan hampir 85 pembunuhan akan berlaku disini
setiap hari. Pelacuran serta perdagangan dadah merupakan suatu perkara
yang biasa disini dan tiada siapa yang dapat menghalang mereka.
Sekiranya anda datang ke sini, ancaman-ancaman seperti rogol serta
penculikan sudah tentu bakal mengundang anda. So, fikirlah 2 atau 3
kali sebelum datang ke sini.

6.
Rio de Janeiro, Brazil Jika anda merancang untuk ke Brazil, berfikirlah
sebetul-betulnya kerana pelbagai bahaya bakal mengundang anda
terutamanya di Rio. Sekiranya anda tiba sahaja disini, sudah pasti anda
akan mendapat pelbagai risalah tentang amaran waspada ketika
berjalan-jalan disini. Dengan kadar jenayah yang tinggi sejak 2 tahun
yang lepas membuatkan tempat ini sebagai tempat paling bahaya sekali di
dunia. Disini juga dimana kartel dadah yang dipanggil Piranhas tinggal
dan mereka adalah antara yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan
serta penculikan yang agak kerap disini. Mengikut statistik 2009,
hampir 8000 kematian telah dicatatkan akibat daripada pembunuhan. Ini
bermakna anggaran 20 pembunuhan berlaku setiap hari. Walaubagaimanapun,
kebanyakan kes ini kerap berlaku di daerah-daerah paling miskin di
Rio.

5.
Bogota, Colombia Bogota merupakan pelabuhan utama pembekalan senjata
serta dadah yang datang dari Colombia ke Panama. Disini juga,
pembunuhan juga kerap berlaku tidak kira siang ataupun malam. Kalau
anda berhajat untuk datang ke sini, jangalah lupa membawa pistol atau
pisau rambo anda sekali bersama kerana mungkin anda dapat mengelakkan
diri daripada penyamun/perompak yang sudah pasti menuggu kehadiran
anda. Tapi kalau ada orang ajak anda pergi ke Amerika Latin, cuba tanya
dimana destinasinya..kalau setakat pergi Bogota..cakap kat dia,
hentikan sahaja niat suci itu~

bandar_paling_bahaya
(4)4. Cape Town, South Africa Hampir setiap tahun, pembunuhan serta
rompakan merupakan statistik yang paling tinggi di Cape Town. Dalam
satu tahun sahaja, hampir 71500 kesalahan yang membabitkan seksual
telah dicatatkan, 13900 kecurian telah berlaku dan 18400 rompakan telah
belaku di premis-premis perniagaan. Sekiranya dikira lagi, kira-kira
50 pembuhan akan berlaku setiap hari di Afrika Selatan dan 1/2 nya
disumbangkan oleh bandar ini. Cape Town merupakan sebuah bandar yang
pada dasarnya sangat miskin, mungkin disebabkan itu ia menyumbang pada
kadar jenayah ini.

3.
Mogadishu, Somalia Kami tidak dapat informasi penuh pasal statistik
jenayah disini, tapi walaubagaimanapun kerajaan disini tetap memberi
amaran keras kepada sesiapa yang hendak datang kesini. Mungkin
disebabkan tempat ini merupakan tempat paling banyak pengganas di
dunia. Dengan perang saudara yang sedang berlangsung di ibukota Somalia
ini menjadikan tempat ini bukanlah tempat sesuai untuk pergi kerana ia
mendatangkan risiko yang sangat besar kepada pelancong. Ada juga
pernah mengatakan, hampir setiap hari ada sahaja yang cedera di
lorong-lorong di bandar ini. Bunyi tembakan, penculikan, dan sebagainya
membuatkan bandar ini mendapat 3 teratas sebagai bandar paling bahaya
sekali di dunia.

2.
Ciudad Juarez, Mexico Tempat ini antara tempat yang mempunyai jenayah
paling serius di dunia antaranya seperti rompakan, penculikan,
kekerasan seksual serta jenayah dadah. Statistik mengatakan 120
daripada 100000 penduduk terbunuh disini. Ciudad Juarez terletak
betul-betul hampir dengan sempadan Amerika Syarikat. Baru-baru ini,
kartel dadah disana telah memulakan suatu perang sesama mereka sehingga
menjadikan tempat ini sangat berbahaya buat para pelancong. Ciudad
Juarez merupakan bandar yang paling banyak pembunuhan berlaku dan
mengikut statistik yang kami dapat, 50% bagi kesemua pembunuhan yan
berlaku di Mexico berasal dari Ciudad Juarez.

1.
Caracas, Venezuela Amerika Latin setakat ini merupakan antara tempat
yang paling berbahaya di dunia. Jika anda search tempat-tempat
berbahaya di internet (googling), sudah pasti sekurang-kurang 20
daripadanya anda akan dapati ia berada disini. Dengan kartel dadah yang
banyak serta kadar kemiskinan yang tinggi membuatkan ibukota Venezuela
berada dalam kedudukan tertinggi sebagai tempat paling banyak
pembunuhan serta jenayah berlaku. Untuk pengetahuan anda semua,
Venezuela merupakan kepala (ketua) kepada perdagangan dadah di dunia
terutamanya kokain. Jadi, lupakanlah cita-cita indah anda untuk bertemu
dengan pelakon amerika latin disini yer ^_^ kerana bahaya tengah
menuggu anda disana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan